Friday 15 April 2016

10 Tips Beli Rumah Pertama Pada Usia 25 Tahun

  1. Wujudkan Kesedaran
    • Kesedaran pemilikan hartanah sepatutnya mula sejak tahun pertama di universiti. Lebih awal daripada itu adalah lebih baik. Kesedaran adalah kunci utama.
    • Kalau tiada kesedaran, umur sudah mencecah 50-tahun, hampir pencen tetapi belum tentu mampu memiliki walau sebiji rumah. Yang ada, rumah kuarters untuk kakitangan kerajaan sahaja.
  2. Duit Simpanan
    • Simpan duit deposit rumah sebanyak yang mungkin sejak di peringkat universiti. Contoh buat part time mengajar tuisyen, menjual tudung  atua trading saham. Jangan sesekali menyalahgunakan kewangan dari PTPTN ataupun biasiswa.
    • Cari jalan buat duit RM550 setiap bulan untuk memohon ASB Financing Islamic RM100,000.00. Dengan teknik tertentu, boleh dapat hampir RM56,000 selepas 5 tahun. Jual tudung 50 helai pun dah boleh dapat RM550 sebulan. Tapi kalau tidak mampu untuk RM100,000 buatlah mana-mana yang mampu.
  3. Buat ASB Financing
    • Salah satu cara untuk beranakkan duit simpanan dengan cepat adalah dengan ASB Financing. Tapi jika anda masih belum bekerja dan nak pelaburan yang santai-santai, setahun pertama bayar ansuran bulanan seperti biasa. Tahun berikutnya rolling  menggunakan dividen.
    • Jadi tidak perlu untuk memohon kad kredit dalam CCRIS. Jimat masa.
  4. Ilmu Hartanah & Kewangan
    • Carilah ilmu kewangan dan hartanah secepat mungkin. Kalau anda bijak, memang boleh cepat tangkap. Kalau tidak, sampai ke sudahlah tidak yakin dengan kemampuan untuk membeli rumah. Lagi cepat kita belajar, lagi banyak ilmu kita miliki semasa hendak membeli rumah bila mendapat tawaran kerja nanti.
  5. Networking & Support Group
    • Kalau ingin bertanyakan sesuatu, boleh mengajukan bberpa soalan dan terus mendapat jawapan. Contohnya, memiliki group WhatsaApp MISI MENCARI RUMAH dan STALKER HARTANAH. Daripada dua group ini, anda boleh mendapat info hartanah dan networking daripada mereka yang memiliki kemahiran tersebut.
  6. Mencari Pekerjaan Secepat Mungkin
    • Apabila anda teah memasuki semester terakhir, terus memulakan job hunting. Supaya tidak menyesal di kemudian hari.
  7. Mencari Pekerjaan Yang Tetap
    • Mencari pekerjaan yang berstatus tetap. Kalau kerja kontrak berjangka masa pendek, bank susah untuk beri pembiayaan perumahan. Anda dikategorikan sebagai pemohon berisiko tinggi.
    • Tetapi anda jangan terlalu memilih. Misalannya memang dapat kerja kontrak, terima sahaja. Mungkin rezeki anda memang di situ.
  8. Jangan Beli Kereta Dulu
    • Ramai graduan lepasan universiti ataupun kolej mencari aset mereka terlebih dahulu dengan membeli kereta. Mungkin pada masa ini, mereka ojbelum mengerti maksud sebenar aset dan liabiliti.
    • "Dik, harga kereta boleh tunggu kita. Honda City baru keluaran 2020 nanti harga lebih kurang je dengan Honda City baru tahun ni punya. Tapi, harga rumah RM200K tahun ni, takkan tunggu kamu dik. Tahun 2020 nanti, entah-entah dah naik menghampiri RM300K."
  9. Beli Rumah Ikut Kemampuan
    • Kalau gaji anda bermula RM2,500.00 dapat beli rumah pertama dengan harga RM150,000 pun dah cukup bagus. Dengan harga tu, kalau di Selangor dan pinggiran Kuala Lumpur mungkin boleh dapat flat ataupun apartmen medium cost. Belilah rumah sebegini di pasaran subsale. Ia pasti permulaan yang bagus untuk anda pergi lebih jauh dalam pelaburan hartanah. Tangguhkan dahulu rumah impian anda jika belum ampu, belilah rumah pelaburan.
  10. Jaga Hubungan Dengan Allah S.W.T
    • Sepanjang usaha kita untuk menggapai kaya dunia, janganlah sampai terabai tanggungjawab kita sebagai Muslim. Sibuk dengan e-book kewangan hartanah pakai phone, sampai tak sempat nak baca 'e-book' Al-Quran.
    • Solat Dhuha dijadikan amalan. Solat Dhuha bukan untuk orang berniaga dan pelaburan hartanah sahaja, tapi amalan yang bagus untuk setiap Muslim. Berdoalah supaya Allah beri kita rezeki dan umur yang diberkati. Harta dunia hanya di tangan, tapi bukan di hati. Dalam hati kita biar ada Allah.
JADIKANNYA REALITI
  • Jadi, kepada adik-adik yang masih dalam pengajian di universiti, maktab, matrikulasi mahupun yang masih di sekolah menengah, semoga anda berjaya memiliki rumah pertama sebelum usia 25 tahun.
  • Jomlah sama-sama jadi HIPSTER dalam bidang hartanah.
***(Sumber Rujukan : Dari Penulis Asal;Harith Faisal (FB))

No comments:

Post a Comment