PENGELUARAN KWSP
Tujuan:
- Mengeluarkan simpanan Akaun ke-2 untuk membiayai pembeli sebuah rumah
- Dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku "pelupusan pemilikan"
Pelupusan Pemilikan:
- Hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini atas sebab rumah tersebut:
- Dilelong
- Penyerahan harta melalui perintah mahkamah
- Pindah milik atas dasar kasih sayang
- Rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran
- Projek rumah terbengkalai
- Pembatalan pembelian rumah
Kelayakan Memohon:
- Warganegara Malaysia, atau Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP atau Bukan Warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 atau mendapat taraf Pendudk Tetap (PR)
- Ahli belum mecapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima
- Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun ke-2.
Dokumen Tambahan:
Syarat Pengeluaran:
- Membeli rumah kediaman (banglo/teres/berkembar/apartment/kondominium/'studio apartment'/'service apartment'/'townhouse'/SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
- Pembeli rumah melalui;
- Pinjaman perumahan daripada mana-mana Institusi seperti Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989(BAFIA) ATAU Kerajaan Pusat/Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan ATAU Majikan Ahli ATAU Koperasi/syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ATAU Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia ATAU Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP;
- Secara tunai.
- Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli Tidak Melebihi Tiga (3) Tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
- Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah berlaku pelupusan pemilikan
- Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
- Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
Tidak Layak Jika Anda:
- Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
- Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
- Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
- Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
- Membeli rumah ketiga
- Membeli rumah di luar negara
Amaun Pengeluaran:
- Pembelian Rumah Milik Individu
- Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU
- Semua simpanan dalam Akaun 2
- Pembelian Bersama Suami / Isteri Atau Ahli Keluarga Terdekat Atau Individu Lain
- Amaun perbezaan di antara harga runtuh dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU
- Semua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
- Pinjaman Perumahan 100%
- 10% daripada harga rumah ATAU
- Semua simpanan dalam Akaun 2
- Pembelian Tanpa Pinjaman / Secara Tunai
- Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU
- Semua simpanan dalam Akaun 2
*(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
- Ahli boleh memilih untuk menentukan amaun yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi amaun yang dipohon dalam borang pengeluaran perumahan KWSP 9C (AHL)(D5)
- Ahli pernah membuat pengeluaran perumahan tetapitelah membatalkan pembelain rumah tersebut. Dalam keadaan ini, wang pengeluaran tidak perlu dikembalikan. Amaun kelayakan semasa akan ditolak daripada amaun pengeluaran terdahulu tertakluk kepada baki kelayakan (sekiranya ada)
Dokumen Sokongan:
Bukti Pembelian:
- Dokumen bukti pembelian atau pembinaan rumah kedua memenuhi syarat-syarat pengeluaran yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Sokongan perkara (A) hingga (D) di atas
- Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama, mana-mana satu yang berikut:
- Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN 14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah; ATAU
- Nota:
- Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian.
- Surat Ikatan Serahak ('Deed of Assignment'); DAN Surat Pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak ('Notice of Assignment') telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); ATAU
- Surat Ikatan Serahak ('Deed of Assignment') antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti Setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; ATAU
- Surat Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A ('Real Property Gain Tax') DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I) / Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); ATAU
- Pengesahan bank pelelong mengenai lelongan harta; ATAU
- Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes penceraian); ATAU
- Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran / Majlis Daerah / Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; ATAU
- Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan / Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai / bermasalah / sakit; ATAU
- Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama ('Deed of Revocation' atau 'Deed of Rescission'); ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju / peguam; ATAU
- Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran / pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Surat Pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat / Polis Di Raja Malaysia / Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis Tempatan / Ketua Kampung dan lain-lain yang diberikuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu)
No comments:
Post a Comment